Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
saya ingin bertanya kepada doktor…saya bekas pesakit patah tangan sebelah kiri pada 2 tahun yang lalu sewaktu saya berumur 13 tahun…namun sekarang saya berumur 15 tahun…adakah saya mampu melakukan push up dan olahraga lain ataupun saya tidak mampu lagi…tq
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda berkenaan kebolehan untuk melakukan aktiviti lasak setelah mengalami patah tulang. Untuk makluman anda, anda boleh melakukan aktiviti sukan setelah pulih sepenuhnya daripada sakit dan masalah patah tulang anda.
Masih risau dengan sakit tangan anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sekiranya anda masih mempunyai janji temu untuk pemeriksaan lanjut daripada doktor anda.
Kami tidak dapat memberikan kata putus kerana maklumat lanjut adalah diperlukan dan anda perlu diperiksa oleh doktor sebelum kata putus dapat diberi.
Anda juga boleh menghubungi doktor pakar tulang kami di (DoctorOnCall) untuk bertanya dan mendapatkan konsultasi mengenai keadaan anda secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.