Sulit
3 tahun
Adakah simtom mengadung atau tidak?
Last Period dalam bulan feb 2020.selepas itu tidak datang period.saya mengadakan hubungan intim dgn suami saya pada july 2020 sekali shj.sekarang badan saya lemak& letih ,rasa kuat makan dan rasa pening…adakah saya boleh/ini simtom mengadung ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Antara tanda awal kehamilan ialah:
- lewat datang haid
- sakit pada pinggang
- kerap kencing
- sakit pada buah dada
- tinggi selera makan
Anda boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut di sini
Untuk makluman anda, haid lewat yang anda alami sejak Febuari boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami kurang pasti apakah struktur ketulan seperti bisul yang anda nyatakan di alat kemaluan anda. Oleh itu, kami memerlukan maklumat lanjut bagi membuat rumusan tentang itu dan adakah struktur itu menyumbang kepada kitaran haid anda yang lewat.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!