
zulsalim24
5 tahun
Air mani di luat faraj
Saya seorang lelaki berumur 20 an. Doktor… Saya nak bertanya… Soalan ni dtg drpd saudara saya… Adakah lelehan air mani lelaki yg di lepaskan di luar faraj perempuan mengakibatkan kehamilan. Sedangkan lelehan itu telah di lap. Mohon pencerahan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun keterangan anda disini adalah kurang jelas. Asas terjadinya kehamilan adalah adanya persenyawaan diantara sperma (sel dalam air mani lelaki) dengan ovum (sel telur wanita). Asalkan kedua sel ini bertemu, maka berlakulah kehamilan. Hal ini bermaksud, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (kondom, pil perancang dsb) mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan wanita dan kesihatan sperma.
Di sini anda tidak menjelaskan apakah zakar dimasukkan ke dalam faraj ataupun tidak. Justeru, kami tidak dapat menentukan risiko untuk hamil disitu. Andai yang anda maksudkan adalah zakar masuk ke vagina, namun ejakulasi (pancut) di lepaskan di luar, maka risiko untuk hamil tetap ada kerana sperma dapat hadir dalam air mani dalam bilangan yang sedikit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.