
amoi.awer
5 tahun
Anak perempuan berumur 12 tahun haid lebih 15 hari
Anak perempuan saya berumur 12 tahun baru sahaja mendapat haid untuk kali ke-3 pada bulan ini. Bulan pertama hanya 6 hari, kedua juga sama 6 hari namun untuk kali ke-3 ini sudah mencecah 15 hari dan darah masih sederhana banyak. Soalan saya:
- Adakah normal bagi umur 12 tahun untuk mengalami haid lebih 15 hari?
- jika ingin membuat pemeriksaan adakah memadai pergi ke klinik biasa atau pakar?
Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, tempoh normal kitaran haid adalah selama 2-7 hari. Masalah haid berlebihan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Saya tidak dapat untuk memberikan kata putus sama ada situasi yang dialami oleh anak anda normal atau tidak. Untuk mengetahui medapatkan kesimpulan, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Bagi tujuan itu, anda boleh perhi ke klinik biasa terlebih dahulu. Mereka akan memeriksa terlebih dahulu keadaan anak anda. Sekiranya terdapat keperluan untuk merujuk masalah anak anda dengan doktor pakar, mereka akan menyediakan surat untuk tujuan tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.