
Sulit
5 tahun
Angin dalam perut Dan jerawat bernanah tak henti tumbuh
Saya wanita berumur 29 tahun mempunyai masalah angin dalam perut dalam tempoh 1 bulan ini. Apabila saya tekan bahagian perut saya akan kerap sendawa. dan begitu juga jerawat. Jerawat bernanah akan tumbuh spt bengkak kemerahan kemudian bernanah, selalu tumbuh di bahagian rahang dagu. Adakah masalah angin dalam perut mempunyai kaitan dengan ia tumbuh nya jerawat. Apakah punca masalah angin tersebut Dan cara mengatasinya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda gejala angin perut disertai sedawa yang kerap boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- sakit otot dan tulang
- sakit paru-paru
Merujuk kepada jerawat, kemungkinan besar ia disebabkan oleh masalah kulit iaitu jerawat. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan dan keradangan. Justeru, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.