
Sulit
4 tahun
Atas buku lali kaki patah dan alami kebengkakkan
hi…kaki bahagian atas buku lali…ada keretakan.normal ke kaki yg patah tu bengkak kehitaman…sy berumur 34 tahun…dh sebulan ia xsurut…smpi tido malam asa xselesa…hospital simen kaki separuh je…buat tapak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, adalah normal untuk mengalami bengkak di bahagian tulang yang retak atau patah kerana kecederaan yang dialami. Tetapi ia tidak normal sekiranya bahagian yang cedera tersebut mengalami bengkak yang tidak surut setelah 3 ke 4 minggu, anda mengalami kesakitan yang tidak hilang dengan pengambilan ubat tahan sakit dan kawasan yang cedera tersebut mempunyai luka atau ulser yang bernanah.
Masih risau dengan sakit kaki anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor disebabkan ia mendatangkan ketidakselesaan kepada anda supaya pemeriksaan dan rawatan lanjut dapat dibuat.
Sekiranya anda mempunyai persoalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami. Terima kasih.