Sulit
3 tahun
Bahagian kaki bengkak sebelah kanan dan ada tompokan merah serta berasa sakit
Ayah sy baru je lepas menjalani pembedahan bypass dalam 3/4bulan lepas. Dan harini dia mengadu sakit, kakinya bengkak sebelah kanan. Dekat sekitar kawasan bengkak tu ada tompokan merah. Ajak pergi hospital dia cakap nanti dulu takut nanti boleh surut. Boleh bagi penjelasan sikit tak mengenai ap yg dialami ayah sy.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat banyak punca kepada masalah yang ayah anda alami antaranya cellulitis, erysipelas, dan sebagainya. Anda perlu bawa ayah anda berjumpa doktor atau bercakap dengan pihak kami secara atas talian.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































