Sulit
5 tahun
Baik benjolan seperti benjolan air di kepala penis
Saya lelaki berumur 15 tahun…pada kepala penis saya naik benjolan seperti ada air didalamnya.ianya keras tetapi tidak gatal dan tidak sakit.Kenapakah bole terjadi benjolan itu dan adakah ia berbahaya?Adakah ia aku hilang dengan sendirinya?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah benjolan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Barah zakar
Untuk mengetahui punca masalah benjolan pada zakar yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































