
aliffzubir
5 tahun
Batuk berkahak dan selsema
Sy bukan seorg perokok, tetapi sy mencuba mengisap vape dlm masa seminggu dgn nikotin 12mg. Dlm masa seminggu itu sy telah batuk berkahak kehijau bergitu dan juga selsema. Ada kah ini disebabkan oleh mengisap vape itu yg menyebabkan sy batuk, selsema, demam sehari dan ada pagi tu badan mcm sengal sengal. Sy kuatiri denggi, Kemudian sy telah ke klinik, doktor membuat ujian darah, result darah putih tinggi sedikit. Ada kah ini berlalu kerana sy mengisap vape?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam saluran udara
- Selesema beserta kahak dari saluran udara akibat sejarah merokok yang lama (“smoker’s lungs”)
- Adaptasi badan terhadap penggunaan vape
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.