Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Baru berhenti merokok

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 26, 2020 8:53 AM
5587hayabusa 20 hari

Saya baru berhenti merokok sekitar 2minggu,tetapi dengan mengunakan pod vaping… Secara berperingkat Dr nikotin
Mg tinggi hingga la 0%mg, tapi selama sy isap vape 0 mg ni
Sy rasa kaki kanan saya selalu sangat kebas ketika berbaring,
Adakah ini kesan nikotin vape yg sy ambil sebelum ni?

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, penggunaan pod vaping untuk berhenti merokok adalah tidak digalakkan kerana “vaping” boleh memberikan kesan yang sama malah boleh memberikan kesan yang lebih teruk daripada merokok. Kajian mendapati “pod vaping” atau rokok eletronik lain telah menjurumus kepada peningkatan kepada masalah pernafasan dan paru-paru yang lebih teruk. Jika anda ingin berhenti merokok, anda disarankan ke klinik kesihatan dimana servis untuk berhenti merokok telah disediakan.

Selepas anda disahkan menyertai program berhenti merokok, pelbagai jenis kaedah boleh digunakan untuk membantu anda berhenti merokok. Salah satu kaedah yang popular ialah nicotine replacement therapy atau rawatan penggantian nikotin.

Melalui rawatan ini, gula getah, pelekat atau semburan yang mengandungi nikotin akan digunakan untuk melegakan ketagihan kepada rokok dan membantu menghindarkan penggunaan rokok tembakau.

Ubat-ubatan seperti varenicline atau bupropion juga boleh digabungkan dengan rawatan penggantian nikotin untuk mengurangkan ketagihan kepada rokok tembakau. Bagi pesakit yang mengalami tekanan emosi atau stres semasa percubaan mereka untuk berhenti merokok, rujukan kepada pakar psikologi atau kaunselor akan diberikan.

Kaunselor dan pakar psikologi akan membantu pesakit mengenal pasti halangan-halangan mental dan mereka akan membina keyakinan dan keupayaan pesakit untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

Untuk gejala kebas yang anda alami, ianya mungkin boleh disebabkan oleh kesan “vaping” anda. Namun, ianya juga boleh disebabkan oleh:

  • Hyperthyroidism (tahap hormon tiroid yang tinggi)

  • Kehamilan

  • Carpal Tunnel Syndome

  • Neuropati Diabetes

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah kebas merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar keluarga (Family Medicine) atau doktor pakar neuro/ otak mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.
muscle-cramp-kekejangan-otot

Dikemaskini pada: Fri Jun 26 2020 08:53:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi