Promosi eFarmasi Terkini
Tanya soalan PERCUMA
Tanya Doktor
Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rokok dangan vape (rokok electronic)

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 11, 2019 6:28 AM
firdaus 12 bulan

Sy berumur 30thn. Sy merokok sejak umur 14thn. Dlm 2thn ini sy sudah berhenti isap roko tembakau, tapi sy isap vape. Buat masa skrg ini hanya vape dapat bantu sy tinggalkan rokok tembakau.
Sy ingin minta dokte jelaskan antara rokok tembakau dgn rokok electronic mana lebih bahaya.
Selama sy isap rokok tembakau, sy kerap batuk kahak, cepat mengnyah, mulut berbau dan sebagainya.
Setelah sy gantikan dgn vape, ia berbeza. Sy dapat berhenti rokok tembakau & sy boleh kawal bila isap vape. Tidak sebelum ini 1hari sy isap rokok tembakau tidak turang 10batang rokok.

Sy harap dokte dapat beri pejelasan yg jelas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kedua-dua jenis rokok membawa kemudaratan kepada kesihatan anda. Buat masa kini, memandangkan rokok elektronik masih lagi baru dipasaran, ia masih dalam kajian. Walaubagaimanapun, terdapat peningkatan kes kanser, jangkitan kuman pada paru-paru dalam kalangan perokok elektronik. Sememangnya dalam jangka masa yang singkat kesan sampingan besar seperti kanser dan jangkitan kuman yang boleh membawa maut tidak berlaku lebih-lebih lagi usia anda yang muda.

Namun, jika anda berminat untuk berhenti merokok tidak kira tembakau atau elektronik, kami menyarankan anda:
Doktor akan memberi cadangan tentang langkah-langkah yang membantu melawan keinginan merokok seperti:

  • Menyibukkan diri dan melupakan keinginan diri untuk merokok
  • Melengah-lengahkan tindakan merokok seperti dengan memberitahu sendiri “sebentar lagi” atau “10 minit lagi”
  • Minum air kosong yang banyak dan mengelakkan minuman berkafein
  • Menjauhkan diri dari perokok-perokok lain
  • Menjauhkan diri dari tempat yang membenarkan tabiat merokok
  • Mengunyah gula kunyah atau buah-buahan untuk melegakan keinginan merokok
  • Meditasi dan memohon doa

Selepas perokok telah membina keinginan yang tinggi untuk berhenti merokok, doktor boleh mencadangkan beberapa kaedah untuk membantu berhenti merokok.

  1. Salah satu cara yang paling popular ialah nicotine replacement therapy atau rawatan penggantian nikotin.
  2. Perokok boleh menggunakan gula kunyah, lozenges, semburan atau pelekat yang mengandungi nikotin untuk mengurangkan ketagihan kepada kandungan nikotin di dalam rokok.
  3. Selain rawatan penggantian nikotin, ubat-ubatan lain seperti buproprion dan varenicline juga boleh digunakan untuk mengurangkan ketagihan dan menghindarkan penggunaan rokok

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Dikemaskini pada: Mon Nov 11 2019 06:28:59 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang cara berhenti merokok secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80