
Sulit
4 tahun
Batuk,selsema,sakit tekak yg amat dan kahak pekat
Sya mengalami simptom batuk,selsema,sakit tekak yg amat sangat dan kahak pekat… Tetapi suhu sya tidak tinggi… Batuk sya rasa pada mulanya amat kering… Kemudian sakit tekak dan kahak… Selsema pula amat terok sehingga sya tidak boleh tdo kerana tersumbat dan hingus sentiasa meleleh… Adakah sya boleh berkemungkinan positif covid?.. Suhu sya bwah 37 dan setahu sya sya tiada kontak dengan mana2 org yg positif atau disyaki positif atau sedang menunggu keputusan… Kerana sakit tekak ni amat sakit… Lidah sya bengkak dan bawah lidah sya amat2 sakit… Utk menggerakkan lidah pon sangat2 sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai batuk, selesma, sakit tekak dan juga mengeluarkan kahak dan selesma yang teruk. Manakala lidah anda juga mengalami bengkak dan sakit. Simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Untuk makluman anda, gejala sakit tekak dan batuk tanpa demam yang anda alami boleh berpunca daripada yang berikut:
- Alahan pada kerongkong
- Penyakit keradangan pada ruang orofaring (Pharyngitis)
- Alahan sinus yang merebak ke tekak
- Penyakit kronik keradangan salur nafas (Chronic Bronchitis)
- Jangkitan paru-paru.
Mengenai gejala lidah yang bengkak dan sakit, ia boleh disebabkan oleh keradangan atau cecair badan yang bertakung di kelenjar liur yang terletak di bawah lidah anda. Ini dinamakan sebagai Sialadenitis dengan kewujudan batu karang liur atau tidak. Kemungkinan keradangan ini boleh menyebabkan jangkitan pada kawasan tekak dan ruang hidung sehingga menyebabkan batuk dan sakit tekak serta selesma.
Namun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan sejarah kesihatan anda serta menjalani ujian dan siasatan lanjut yang terdapat di hospital bagi mengesahkan punca masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.