
Sulit
4 tahun
Batuk waktu malam dan pagi
Saya lelaki berumur 20 tahun, sejak akhir2 ni saya kerap batuk waktu pagi dan malam,terkadang dada saya rasa sukar untuk bernafas dan terasa ada benda yang menyebabkan saya rasa x selesa di dada. Jika saya tarik nafas panjang2,saya tak rasa puas.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Umumnya batuk malam dan pagi boleh disebab oleh beberapa masalah, antaranya:
- alahan terhadap makanan, suhu atau persekitaran
- gangguan cemas atau tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan struktur saluran pernafasan
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas yang berat, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.