
Sulit
3 tahun
Bengkak atau ketuat yang menyebabkan sakit bila tersentuh dan kadang berfikir jika ia benjolan atau sesuatu yang tidak dikenalpasti
Saya pernah tepijak jarum jahit, Kemudian saya biar begitu lama kerana saya cuma berfikir itu bengkak biasa, lalu sya pergi berjumpa doktor selepas dua bulan, Kemudian saya berjumpa lagi selepas seminggu kerana ubat antibiotik tidak bekesan, Dan sya juga tidak menelan kesemuanya, doktor telah cucuk dan itu bukan nanah, saya sentiasa merasa ada benjolan di dalam itu, dia macam keras bila sentuh, doktor beri saya ubat ketuat😦, walaupun ketuat bukan macam tu, jadi doktor rasa itu apa dan apa patut saya buat?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan bengkak pada kaki yang menyebabkan sakit apabila disentuh. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab masalah ini boleh berlaku, antaranya ialah:
- Kecederaan: Kecederaan pada tapak kaki
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa boleh menyebabkan bengkak dan sakit.
- Ketuat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Abses
- Lipoma
- Jangkitan kuman akibat kecederaan yang lalu
- Ketumbuhan
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.