
Sulit
3 tahun
Bengkak di buku lali
saya umur 63 tahun dapat bengkak di kedua dua kaki di buku lali…saya tak ada rasa sakit .saya yyl

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui punca bengkak pada kedua-dua belah buku lali anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bengkak pada buku lali atau kaki boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Masalah limpa (lymphoedema)
- Lebihan cecair dalam badan
- Masalah buah pinggang
- Diabetes
- Gout
- Masalah jantung
- Kesan gigit binatang
- Rheumatoid arthritis
Berikut merupakan diagnosis umum tentang sakit anda. Kami tidak dapat meberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal anda. Bagi maklumat lanjut, kami menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.