
rohanajukarna6206
4 tahun
Bengkak kaki, bahu dan jari jari tangan
Saya wanita yg berumur 44 tahun. Pada bulan januari lepas, tiba2 saya tidak dpt bergerak dengan sempurna kerana lutut saya sakit. Setelah ke hospital doktor mngesahkan saya mengalami radang swndi.tp doktor hanya memberikan ubat tahan sakit. Lama kelamaan penyakit saya semakin teruk. Tapak kaki saya jg terasa sakit. Jika saya brjalan seolah2 ada benda keras d bawah tumit kaki saya. Setelah d x ray doktor mengatakan bahawa kaki saya ada spur tapi masih tidak memberikan sebarang ubat…hanya buat fisioterapi sahaja sekali sebulan. Masalahnya sekarang, pergelengan kaki dan jari2 tangan saya selalu bengkak, begitu juga bahu saya. Jika saya banyak berjalan maka kaki saya akan bengkak. Apa masalah saya sebenarnya tuan doktor, dan apa ubat yang boleh saya ambil. Apa juga makanan yg tidak boleh saya ambi? Harap tuan doktor dpt berikan respon.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit sendi yang anda alami boleh disebabkan:
- Polymyalgia rheumatica - sejenis sindrom sakit sendi yang tidak diketahui puncanya
- Penyakit arteri periferi - faktor penyebab seperti kencing manis dan darah tinggi. Penyakit ini menyebabkan saluran darah pada sendi dan hujung kaki/tangan tersumbat dan menyebabkan kesakitan
- Artritis Psoriasis - sejenis artritis yang menyebabkan sakit pada tangan/kaki
- Artritis rheumatoid
- Gout
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.