dsuriaa
5 tahun
Bengkak kaki sekitar pergelangan kaki dan permukaan atas kaki
saya berumur 41 tahun. mengalami bengkak kedua belah kaki sudah sebulan selepas saya urut kaki di jln chow kit kl…saya telah melakukan ujian xray dan urine di hospital kerajaan dan didapati tiada tanda2 pesakit jantung atau buah pinggang…kaki bgkak dan sakit sekiranya byk berjalan. tiada rasa berdenyut,tidak merah seperti sakit gout…sya juga telah berjumpa doktor swasta dan diberikan ubt urat dan bengkak sendi. ubat tersebut sdh hbis saya mkn…tetapi masih bengkak juga…sakit dan bengkak berulang apabila hbis ubt yg di makan. mohon bantuan dan penjelasan doktor2 semua pada permasalahan saya memandangkan saya seorg kakitangan kerajaan yg perlu bertugas kesana sini…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kamaki yang bengkak didefinasikan sebagai bengkak di mana-mana bahagian kaki termasuk peha, betis, buku lali dan tapak kaki. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kaki yang bengkak. Mekanisme utama untuk bengkak kaki terbahagi kepada dua, iaitu pengumpulan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu kaki, dan radang dan kecederaan tisu di bahagian kaki.
Antara punca kedua-dua belah kaki yang bengkak ialah:
• Kelemahan hati atau heart failure
• Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
• Cirosis hati atau liver cirrhosis
• Nephrotic syndrome
• Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
• Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
• Duduk atau berdiri terlalu lama
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih






























