
Sulit
3 tahun
Berasa kebas seluruh pergelangan tangan dan kaki.Tidak dapat merasakan sentuhan dengan baik.Di bahagian yang kebas juga berasa dingin
Saya wanita berumur 18 tahun,mengalami masalah kekebasan di seluruh bahagian tangan,dan kaki.Saya merasakan daya sentuhan saya tidak seperti biasa.apakah masalah yang sedang saya hadapi?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (tunnel syndromes)
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor