
shahidanalex70
5 tahun
Berat badan turun mendadak
Saya lelaki berusia 20tahun pada tahun ini, saya tidak pasti penyakit apa yang ada dalam badan saya tapi yang saya tahu berat badan saya turun mendadak dari sebelumnya. Saya tidak tahu puncanya. Boleh doktor jelaskan kenapa? Sebelum ni saya aktif bersukan jadi berat badan terjaga dan dari segi pemakanan juga terjaga, tapi sejak masuk 1.5 tahun lebih ni saya terasa berbeza dari sebelum ni walaupun sekarang pemakanan saya terjaga tapi berat badan menurun. Mahu melakakukan aktiviti sukan pun sudah tidak macam dulu. Tolong berikan penjelasan doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Disini belum jelas apakah yang dimaksudkan dengan turun mendadak. Sebaiknya anda memberitahukan berat badan awal dan grafik penurunan yang berlaku disertai simptom dan gejala lain yang anda alami seperti nafsu makan, diet, sifat najis, rutin buang air besar dan sebagainya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.