
Sulit
3 tahun
Betis kiri tiba-tiba sakit tanpa melakukan kerja berat
Saya wanita berumur 23 tahun, betis kiri saya tiba2 sakit tanpa buat apa2 kerja berat, kaki saya juga rasa sedikit panas dan kebas dan menyukarkan saya utk tidur, kebelakangan ini otot tangan saya sentiasa bergerak sendiri. Adakah ini normal ye? Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami di sini adalah amat terhad.
Memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kompleks dan berlaku secara tiba-tiba, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat pemeriksaan secara langsung dengan doktor atau doktor pakar yang lebih arif dalam bidang otot, tulang dan saraf.
Lazimnya seorang doktor akan melihat
- kondisi pergerakan kaki
- sejauh mana terdapat gangguan persarafan
- sakit-sakit yang terkait
- keperluan rawatan yang selanjutnya (i.e. pengubatan, berehat, dll.)
- risiko komplikasi sekiranya tidak dirawat
Umumnya gejala yang anda alami boleh dikaitkan dengan tanda-tanda inflamasi, jangkitan kulit, mahupun kesan dari kelainan otot yang lain.
Masih risau dengan sakit kaki anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.