
eykalalola071
5 tahun
Bibir kemaluan ada ulser
Saya wanita dalam berumur 20 tahun. Dan saya mengalami masalah kemaluan. Kemaluan saya ada bintik2 merah seperti ulser. Dia sakit bila saya berjalan. Kencing tu tak berapa nak sakit. Jadi macam mana nak hilangkan bintik2 ke ulser tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ulser bererti adanya luka atau pecahnya kulit. Ulser di bahagian bibir kemaluan biasanya boleh disebabkan oleh beberapa hal, seperti:
- Penyakit jangkitan seksual/ sexually transmitted disease (STD) seperti herpes, sifilis, dan chancroid (akibat bakteria H. ducreyi)
- Penyakit keradangan seperti pada kes autoimun
- Akibat trauma seperti hubungan seksual yang ganas
- Akibat reaksi terhadap produk ataupun sabun
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.