
Sulit
4 tahun
Biji air penuh di kaki dan tangan
Saya wanita berumur 26 tahun, saya mgalami biji air penuh di jaki dan ditangan sebelum ni saya pernaha disahkan cken pox tpi dah hampir 1 bulan saya baik, sya dah baik sepenuhnyer sekrang biji air yg sama keluar dan amat gatal diseluruh tubuh badan saya… adakah saya alergik atau apa ye doktor? Saya xpernah ada rekod alergik sebelum ni,mohon doktor dapat beri saya pencerahan atas masalah saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
- Ekzema
- Reaksi alahan
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada permukaan kulit
- Dyshidrosis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.