
Sulit
4 tahun
Biji seperti bunga kubis keluar dari lubang faraj
Hai dokter sy Florine umur 34 tahun , sy ada pertanyaan Kpd dokter , kelmarin sy buat senaman Abs dan secara tiba2 ada sesuatu yg keluar dr dalam faraj sy , setelah sy cek benda itu seperti daging yg lembut tetapi mempunyai bentuk seperti bunga kubis , dokter adakah benda itu normal atau sejenis tumor ? . Terima kasih dokter sy amat menghargai jawapan dokter tentang masalah saya ini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah yang anda perihalkan boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Peranakan/rahim jatuh
- Fibroid dalam rahim
- Kanser serviks/rahim
- Jangkitan dalam rahim
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor terutama jika anda mengalami gejala seperti:
- Perasaan “berat” atau “tekanan” pada bahagian kemaluan atau sekitar pelvis
- Kesakitan pada bahagian pelvis/belakang ataupun vagina ataupun ketika melakukan hubungan seksual
- “Benjolan” terkeluar daripada vagina atau dalam ruang vagina
- Kencing keluar dengan sendiri apabila ketawa, batuk mahupun bersin
- Perlu kencing secara kerap dan tiba-tiba
- Kencing tidak lawas
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan yang diperlukan. Terima kasih
Inginkan penerangan lanjut daripada pakar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) kami boleh membantu!