
Sulit
4 tahun
Bilakah hiv merebak dan apakah tanda dijangkiti hiv
Saya pada bulan jan ada mengadakah hubugan seks dan tidak tahu sama ada pasangan ada mengidap hiv atau tidak saya mengahadapi simptom kaki tangan kebas dan menyucuk dan ada ruam dan jerawat di badan dan muka telah buat ujian kali terakhir pada 20/08/2020 menggunakan rapit test hasil negatif mohon pencerahan sama ada saya mengidap hiv atau tidak atau tidak dan sekaràng

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pada peringkat awal jangkitan HIV pesakit mungkin tidak dapat memanifestasikan simptom atau sebarang gejala. Hal ini kerana, imuniti badan pesakit masih tinggi ketika fasa awal jangkitan. Hal ini tidak menjadikan keadaan selamat kerana pesakit mampu menyebarkan virus berkenaan walaupun ianya adalah pada peringkat awal. Pada peringkat ini, pesakit mungkin mengalami gejala-gejala seperti demam, batuk, sakit otot, sakit tekak, sakit kepala, cirit-birit, keletihan, sakit sendi dan sebagainya. Walaubagaimanapun, gejala-gejala ini tidak spesifik dan boleh dialami oleh semua individu tidak kira samada mereka dijangkiti HIV ataupun tidak. Waktu pesakit menunjukkan simptom bergantung pada individu. Namun, secara anggarannya, 1-2 bulan selepas pendedahan kepada virus.
Anda digalakkan untuk menjalani ujian HIV bersama pasangan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.