Sulit
4 tahun
Boleh kah saya Di jangkitk hiv andai pasangan saya dah uvl
assalamualaikum
doc saya ingin bertanya … boleh saya Di jangkitk oleh pasangan saya andai dia telah uvl selama 1 tahun … saya dapat tahu setelah beberapa kali melakukan hubungan seks bersama dia … Dan saya masih lagi melakukan hubungan dengan dia tetapi setelah saya tahu dia Ada hiv , saya menggunakan kondom …
kalo boleh … berapa lama saya boleh tahu simptom siptom hiv teesebut …
saya hanya melakukan hubungan seks berdsama dia saja sejak 3 bulan kebelakanvan
ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, CDC( Centre For Disease Control and Prevention) memberi pencerahan bahawa seseorang yang positif HIV tetapi berstatus UVL tidak dapat menjangkiti seseorang yang lain melalui hubungan seks. UVL tidak bermakna beliau bebas HIV tetapi jumlah virus dalam badannya sangat rendah. Namun, anda tetap disarankan untuk menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan seks untuk megelakkan mendapat jangkitan kelamin yang lain.
Saya akan menerangkan sedikit tentang peringkat-peringkat jangkitan HIV. Dalam peringkat awal jangkitan HIV seseorang mungkin mengalami simptom-simptom serupa selesema seperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, kelenjar limfa membengkak dan ruam merah yang tidak gatal. Simptom-simptom awal ini boleh muncul 1-4 minggu selepas seseorang dijangkiti HIV dan mungkin akan berlangsung selama 1-2 minggu sebelum hilang sepenuhnya. Peringkat kedua pula merupakan tempoh di mana kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa simptom dan ini boleh berlangsung selama >10 tahun.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.