
jazlynnarin19
5 tahun
Bonjolan di leher dan sakit kepala
saya mempunyai bonjolan di kiri dan kanan leher saya . bonjolan nya terasa seperti guli dan ianya sakit apabila ditekan . saya risau mengenainya . dan di kiri dan kanan bahagian bawah belakang tulang kepala saya juga berasa sakit apabila ditekan . saya juga sering mengalami sakit di bahagian belakang kepala . symptom apa sebenarnya ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Harus diketahui bahawa pening kepala dan sakit kepala adalah dua hal yang berbeza. Pening kepala adalah apabila anda berasa pusing melayang sedangkan sakit kepala adalah rasa sakit di bahagian tertentu kepala. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
- Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
- Cluster type headache
- Tension type headache
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Merujuk kepada benjolan, sesungguhnya adalah dikhuatiri sekiranya terdapat risiko jangkitan ataupun perdarahan. Justeru, anda sangat digalakkan untuk merujuk doktor agar masalah ini dapat ditangani.
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama dan kerap kali, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.