Sulit

3 tahun

BTL + IUD, lewat period

Hi Doktor. Saya wanita berusia 39 tahun. Pernah menjalani caesarian sebanyak 3x. Kali terakhir pada tahun 2014, dan menjalani prosedur ikat rahim (BTL) selepas itu. Awal tahun lepas, saya menghidapi uterine polyps, dan menjalani hysteroscopy untuk membuang polyps. Doktor mengesyorkan saya supaya menggunakan mirena IUD untuk mengelakkan masalah ini berulang dan untuk membantu masalah heavy period yang saya alami sejak dari muda hingga sering mengalami anemia (saya juga seorang pembawa talasemia). Selepas sebulan, saya membuat pemeriksaan ulangan dan doktor dapati terdapat cyst di ovari walau bagaimanapun sebulan kemudian, cyst tersebut mengecut dengan sendiri.
Sekarang saya sudah lewat period 24 hari. Saya jarang lewat datang period, paling lewat pun 10 hari sahaja, itu pun cuma sekali atau dua kali dalam setahun. Simptom yang saya alami ialah seolah2 senggugut dari sebelum tarikh sepatutnya period sehingga hari ini, walaupun tidak terlalu sakit hingga mengganggu aktiviti harian. Kadang2 rasa sakit pinggang dan sakit di pelvis kiri tapi kemudian hilang sendiri. Malam tadi kepala pening berpusing walaupun dalam keadaan mata terpejam. Tekak loya seakan mahu muntah. Bila tersilap posisi duduk atau baring, perut jadi tak selesa seolah2 perasaan bayi terselit semasa mengandung. Saya risau sekiranya ia tanda kehamilan ectopic atau tanda-tanda cyst. Saya terfikir untuk membuat pregnancy test, tetapi kesukaran untuk keluar ke farmasi dalam waktu MCO ni.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Kehamilan

  • Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.

  • Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.

  • Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.

  • Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.

  • Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif

Selain itu sukar untuk membuat kesimpulan mengenai punca sebenar gejala anda. Namun begitu, peluang untuk anda hamil andalah nipis kerana anda sudah menjalani BTL serta menggunakan IUD yang merupakan kaedah pencegahan untuk hamil. Akan tetapi, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)