
Sulit
4 tahun
Cramp perut tanda apa doktor
assalamualaikum doktor, kelmarin saya scan ultrasound, doktoe kata saya ade banyak telur tgh process… mungkin waktu subur… tapi sakit saya dah 3 hari… senggugut, cramp perut, loya, pening, mabuk kapal, bau bawang rasa nak muntah… xtau ovulation day bila… ke doktor saya dah pregnant?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit senggugut di sekitar pusat atau perut. Sakit ini boleh didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu nafsu makan minum dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok yang dapat berlaku selama beberapa hari.
Untuk makluman anda, sengugut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Tanda-tanda awal kehamilan akibat dari peningkatan dan penurunan hormon yang berbeza dalam proses untuk beradaptasi dengan hasil pembuahan/pembenihan dan perubahan struktur anatomi
Walau bagaimanapun, sekiranya berlanjutan, ia juga boleh menandakan gangguan fisiologi seperti
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis - Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
- PCOS adalah penyakit yang mengganggu keseimbangan hormon dan metabolik badan & boleh menyebabkan pertumbuhan kista yang memberi gejala sakit perut atau pinggang.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Justeru itu, saya juga ingin menyenaraikan beberapa tanda dan gejala awal kehamilan yang normal, iaitu termasuk:
- Haid terlambat
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui kondisi sebenar kesihatan anda, maklumat lanjut sangat diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang berdekatan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.