
Sulit
3 tahun
Dada kiri bengkak sedikit
Saya berumur 18 tahun… Saya ada gastrik… Selalu panic… Tpi dada saya selalu rsa berdebar… Baru ii ni sya rsa dada kiri lebih besar sikit daripada kanan.bila buat kerja berat keesokkan mesti sakit. Adakah disebabkan oleh masalah jantung atau gastrik? ?.selalu cemas bila duduk seorang diri

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut.
- Gangguan cemas
- Kekurangan rehat
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Kekurangan gula atau air dalam tubuh
- Melakukan kerja atau aktiiti fizikal diluar dari kemampuan tubuh
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan dada terasa bengkak juga boleh disebabkan oleh
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll) & saraf (i.e. migrain, dll.)
- Penyakit batu hempedu.
- Gangguan otot & saraf
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.