Sulit
3 tahun
Dah dkt setahun lebih berhenti merokok.. Tpi bila dkt dgn org yg merokok..rasa nk merokok semula
Dah dkt setahun lebih sy berhenti hisap rokok…bila dkt dgn org yg merokok…tiba2 rasa nk merokok semula…tpi sy masih kawal lg… Ape yg perlu sy buat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, langkah-langkah yang membantu melawan keinginan merokok adalah seperti:
- Menyibukkan diri dan melupakan keinginan diri untuk merokok
- Melengah-lengahkan tindakan merokok seperti dengan memberitahu sendiri “sebentar lagi” atau “10 minit lagi”
- Minum air kosong yang banyak dan mengelakkan minuman berkafein
- Menjauhkan diri dari perokok-perokok lain
- Menjauhkan diri dari tempat yang membenarkan tabiat merokok
- Mengambil chewing gum atau buah-buahan untuk melegakan keinginan merokok
- Meditasi dan memohon doa
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.