
Sulit
4 tahun
Darah bercampur keputihan
Saya berumur 47 tahun, sejak akhir2 ini saya period lebih daripada 8 hari (12 - 13 hari). Masalah saya dah dua bulan saya perasan selepas period habis, dua tiga hari selepas habis period ada darah bercampur dengan keputihan. mohon bantuan Dr. apa masalah yang saya hadapi… adakah saya perlu jalani pap smear.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah lendiran putih yang pekat mahupun berair dan berbau boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah