
Sulit
5 tahun
Darah bercampur lendir
Hai selamat tengahari doktor. saya nak tanya, semalam dah seminggu sy habis haid. last haid saya 11/4. semalam tiba2 ada darah sedikit bercampur lendir , harini pun sama. Jadi saya nak tanya ada apa2 berlaku ke macam mana ya? sebb sy risau tak pernah kena macam ni. nak minta penjelasan doktor darah tu darah haid atau apa ya? . terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Sindrom pra-menstruasi atau ovulasi
- Endometriosis
- Fibroid/polip dalam rahim
- Jangkitan saluran kencing atau pundi kencing
- Trauma semasa melakukan hubungan seks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.