
Sulit
4 tahun
Darah yang keluar ketika bersama pasangan
saya wanita dalam 20-an. saya ingin tahu adakah darah yang keluar ketika bersama pasangan itu adalah dara? bagaimana pula bagi wanita yang bersama pasangan dan tidak ada darah yang keluar? adakah wanita itu sudah tidak ada dara?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pendarahn ketika bersama ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anda hampir datang haid
- Kecederaan semasa melakukan hubungan seks
- Kekeringan faraj kerana penggunaan ubat-ubatan
- Jangkitan STD
- Pelvic inflammatory disease
- Fibroid
- Ectropion
- Endometriosis
- Masalah pembekuan darah
- Kanser serviks- jarang pada umur 28 tahun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.