ctjamia84
4 tahun
Demam panas waktu malam
saya seorang peniaga yg mempunyai anak umur 8bulan dan masih menyusu badan sehingga sekarang…masalah sy dsini anak saya tiba tiba demam waktu malam dgn suhu.37.7…saya mahu tanya apakah sebab tiba2 anak sya demam…adaka disebabkn mereka(makci dan ank demam) anak saya turut sakit kerana satu rumah? apa perlu saya buat doktor…perlukan saya jumpa doktor untuk dapatkan ubat demam…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, besar kemungkinan anak anda demam akibat mendapat jangkitan daripada mereka yang sakit di dalam rumah yang sama. Sistem imun bayi adalah masih lemah dan mereka mudah mendapat jangkitan.
Demam bagi bayi yang masih kesil harus segera dirawat kerana demam yang berlarutan boleh membahayakan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.