
Sulit
5 tahun
Ereksi kurang tegang
Saya remaja berumur 20 tahun ,saya juga pernah melakukan onani dan agak jarang melakukan , dan selepas itu saya telah terbaca artikel tentang mati pucuk di tv dan ketegangan yang disebabkan oleh onani selepas itu perasaan overthinking kerap berlaku kepada saya dan perasaan resah dan gelisah berlaku pada diri saya dan saya merasakan zakar saya kurang untuk ereksi seperti biasa dan kurang tegang Saya berasa sangat berdebar jika ingin melakukan ereksi pada zakar dan menyebabkan zakar tidak menegang ,apakah kaedah rawatan yang saya perlukan untuk masalah ini harap dapat membantu jika tidak perasaan gelisah sering berlaku kepada saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, penis yang sukar ereksi juga dikenali sebagai mati pucuk. Sebenarnya, mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Masalah-masalah diatas ini adalah masih reversibel dan boleh dibaik pulih sekiranya masalah dasar diatasi. Untuk mengetahui masalah dasar yang manakah yang dihadapi, anda harus merujuk doktor agar dapat dikaji ulang masalah itu. Merujuk kepada onani, sebetulnya menurut kajian onani tidak menyebabkan mati pucuk. Akan tetapi, kajian mendapati bahawa menonton pornografi adalah satu tindakan yang jelas menyebabkan mati pucuk.
Justeru, untuk merujuk doktor berkaitan masalah ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk mulai berubat ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.