
Sulit
5 tahun
Faraj kering dan berbau
saya berumur 49 thn…masalah saya , faraj saya sentiasa kering dan yg paling dirisaukan faraj mgeluarkan baunyg kurang myenangkn selepas bersama dgn suami saya…suami selalu mengeluh dan hilang mood.
Apa masalah saya , doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah faraj kering dan berbau ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- menopaus
- mengambil ubatan seperti kontraseptif atau antidepresan
- mempunyai rahim anda dikeluarkan (histerektomi)
- menjalani rawatan kanser, seperti kemoterapi
- kurang menjaga kebersihan faraj
- jangkitan kelamin
- radang faraj
- breastfeeding
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.