
Sulit
4 tahun
Garis Hitam di kuku
Saya perempuan berumur 14 tahun. Saya ada garisan tebal hitam di ibu jari kedua dua belah tangan saya sejak umur 8 tahun lagi. Sehingga kini garisan hitam itu tidak hilang. Dalam masa tempoh 2 hari ini saya perasan yang garisan hitam itu mula untuk nampak di jari petunjuk belah kanan saya. Saya tak pernah ikat jari saya menggunakan getah dan saya tak pernah cedera atau terkepit di jari saya. Doktor apakah sebab ini? Adakah ia membahaya? Apa patut saya buat doktor untuk hilangkan garisan hitam itu? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu garis hitam di kuku. Untuk makluman anda, abnormaliti pada kuku boleh kelihatan seperti bintik, perubahan warna, dan kuku terpisah. Ini boleh terjadi disebabkan oleh kecederaan pada jari dan tangan, ketuat virus, jangkitan, dan kesan ubat-ubatan, seperti yang digunakan untuk kemoterapi.Sesetengah masalah kesihatan juga boleh memberi kesan kepada kuku anda. Walau bagaimanapun, perubahan ini sukar difahami. Tanda pada kuku sahaja tidak cukup untuk menyimpulkan diagnosis bagi penyakit tertentu. Sebagai doktor, kami akan menggunakan maklumat ini, bersama-sama dengan gejala lain dan ujian fizikal, untuk membuat diagnosis.
Bagaimanapun, secara amnya, masalah garis hitam pada kuku boleh disebabkan beberapa penjelasan seperti:
- Melanonychia linier
- pendarahan spilinter
- Terry’s nail
- Subungual Melanoma
Terdapat kondisi yang terjadi ketika pigmen di kuku (melanosit) membuat pigmen berlebih, hal ini adalah suatu yang normal dan tidak membimbangkan. Namun, beberapa perubahan pada kuku boleh menandakan masalah kesihatan yang serius. Jumpa doktor jika anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Perubahan warna kuku (garis-garis gelap, garis-garis putih)
- Perubahan dalam bentuk kuku (keriting atau ‘clubbing’)
- perubahan ketebalan kuku (penebalan atau penipisan)
- Kuku yang menjadi rapuh
- Kuku ada lekuk-lekuk kecil
- Pendarahan di sekitar kuku atau di bawah kuku
- Sakit di sekitar kuku
- Kuku yang terpisah dari kulit
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih