
Sulit
4 tahun
Gastrik, pedih di dada dan sakit belakang badan
Saya berumur 18 tahun, seminggu ini saya telah berjumpa dengan doc, kerana mengalami kesakitan yang amat pedih di tengah bahagian perut. & doc mengesahkan bahawa saya mempunya penyakit gastrik, saya cuma makan ubat kapur putih yg dpt dri klinik tetapi masih sakit dan pedih, kemudian Berberapa hari sakit cerit berit, sehingga menyebabkan sukar untuk tidur malam. Setiap malam akan sakit, lepas makan nasi atau bubur je sakit,sehingga sukar untuk buat kerja. Kali ke3 saya berjumpa doc, doc bagi saya makan ubat gastric,oral rehydration salt, metoclopramide HCI,hyoscine N-butylbromide, tetapi masih sakit dan pedih di dada, bagaimana untuk pulihkan? Adakah perlu saya ambil ubat dari farmasi? Jika perlu sebutkan nama ubat itu. Terima ksih doc, harap doc bantu saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sakit perut sehingga belakang badan boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
atau boleh juga disebabkan oleh:
- gangguan organ pankreas
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- gangguan organ kardiovaskular
- gangguan paru-paru
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda kembali mendapatkan rawatan susulan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.