Sulit
21 bulan
Gastritis, internal hemorrhoids, keputihan berdarah
Saya wanita berusia 30 tahun, belum berkahwin. 18 Mac saya disahkan menghidap gastritis, 6 April disahkan menghidap hemorrhoids (internal) kerana najis berdarah. Cuma 2 hari lepas saya mendapati terdapat darah fresh bercampur dengan keputihan. Keputihan tersebut pada mulanya pekat, dan kemudiannya cair.semalam saya ke klinik untuk ujian air kencing, dan didapati kuman tidaklah banyak, dan tiada simptom kencing manis dan sebagainya. Mohon pendapat daripada doktor sekalian berkenaan permasalahan ini, dan apa yang perlu saya lakukan? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti keputihan yang anda maksudkan ialah dari bahagian mana dan apa maksud anda kuman tidak banyak.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.