
Sulit
3 tahun
Gatal bahagian vagina
Ketika saya bersama suami, suami menggunakan pelincir. Then bahagian vagina saya mengalami gatal dan perih. Apa yg perlu saya buat

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah gatal, yang terkadang dapat disertai (atau tidak) dengan putih atau berair boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Alahan dari produk pelincir
- Iritasi kulit akibat hubungan seks
- Kesan-kesan trauma pada kelamin
atau ia juga boleh disebabkan oleh penyakit seperti:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Selain itu, penggunaan painkiller lazmnya perlu mendapatkan nasihat doktor, namun anda juga boleh cuba mengurangkan keluhan dengan:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant yag mencukupi
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
Selain itu buat sementara waktu, anda juga dinasihatkan agar
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam terdiri dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah