Sulit
4 tahun
Gatal&luka di bahagian miss v
hi doc. sy wanita berumur 25 tahun dan belum berkahwin. sejak 2 minggu yg lalu sy ada masalah kegatalan di miss v dan ianya menyebabkan luka dan melecet di sekitar miss v sy. dan ada juga cecair kuning yg keluar serta kadang kadang ianya berbau. sy rasa sangat tidak selesa. apa punca dan cara rawatan untuk sy cegah masalah ini? tq doc.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan serta cecair kuning yang keluar dari kemaluan anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan penyakit kelamin - jika pernah melakukan hubungan seks rambang
- Jangkitan saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.