
Sulit
4 tahun
Gatal2 di tapak tangan Dan kaki
Pada Hari ahad semalam 24 jan tangan dan kaki saya ok sahaja cume petang ahad tu saya basuh kereta guna glow and lepas basuh kereta tu saya asingkan pakaian2 terpakai atau derma orang ramai ke dalam plastik hitam untuk diagihkan kepada golongan Yang mampu. And lepas pada buat dua aktiviti tu tapak tangan saya timbul bintik2 merah Dan bengkak sikit Dan ianya berlarutan gatal sepanjang malam Dan keesokan paginya isnin 25 Jan Dan pagi isnin tu kaki saya Pon turut rasa gatal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada tangan dan kaki. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan, bahan kimia
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan kelenjar peluh
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!