
Sulit
5 tahun
Haid dtg awal dan darah berwarna merah terang dan banyak darah berbau sedikit hanyir
Hi doktor saya pernah melakukan seks anal saya masih remaja dan beberapa hari ini saya haid dng darah berwarna merah terang sepatutnya haid saya dtg lmbt saya takut ada cedera dalaman saya mempunyai gejala seperti sakit perut dan kerap membuang angin boleh saya tahu cara mengatasi masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Apabila haid anda awal, sila pastikan lagi apakah lebih cepat daripada 24 hari.
Haid yang tidak teratur dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Haid normal
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanserrahim
Simptom yang anda nyatakan adalah mirip simptom pramenstruasi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.