
eyras
5 tahun
Haid Lambat dan Berat Badan naik
Saya ada masalah lambat period… 2 bulan lambat… USDA permit me klinik untuk check scan x da apa2… upt says buat 2 kali sendiri negative dr buat pun negative… so dah 3 kali check waktu check adakah 4 minggu selepas tarikh miss period … akan tetapi berat badan naik dan perut kembung dan sukar untuk kencing dan buang air besar… x tau apa nak buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir, ataupun dalam kes anda sekarang haid anda adalah 2 bulan. Justeru dalam kes anda, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Namun, sekiranya hasil negatif, boleh jadi kerana kehamilan terlalu awal, ataupun hasil memang negatif.
Memandangkan anda telah melakukan ujian kehamilan beberapa kali, justeru boleh dikatakan bahawa anda mungkin tidak hamil. Namun, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang tersenarai diatas.
Untuk info lanjut dan diagnosis pasti, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.