Sulit
5 tahun
Haid lewat..saya hamil ke?
Saya berkahwin muda…sekarang saya dan suami dalam perancangan kehamilan…saya dan suami melakukan hubungan…Tetapi haid saya jadi lewat…sepatutnya anggaran tarikh saya datang haid ialah pada hari saya bersama dengan suami…tetapi setelah berhubungan haid saya jadi lewat…sewaktu berhubungan suami saya melepaskan air mani diluar…tetapi kami waswas …Dan sewaktu bersama juga ia merupakan pertama kali…banyaj darah yg keluar sewaktu itu…boleh doktor bagi pencerahan?boleh saya tahu saya berkemungkinan mengandung atau tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























