
Sulit
4 tahun
Haid problem. lewat haid selama 6bulan
hi doc. saya tlh lmbt haid 6-6bulan. last period 11.2.2020. sbelom period tu. sya ad makan pil untok gemokkan dlm saya haid. dgr2 masa haid tk boleh mkn mna2 supplement. sya pon tlh bejumpa dgn doktor dan beritahu masalah yg sya hadapi kpd doktor. selepas itu, doktor tlh beri sya pil perancang. padahal sya belom kahwin. sya mesti mkn pil perancang tersebut dlm percubaan 3bulan. soalan saya ialah adakah pil tersebut bagus untuk sya. dan apakah mungkin sya akn menghadapi kesukaran untuk hamil jikalau sya kahwin nnti ? tlg beri keterangan kpd sya. terimakasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.