
Sulit
5 tahun
Haid saya keluar sedikit
Darah haid saya keluar lama sgt 14 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid yang berpanjangan adalah apabila haid berlangsung lebih 8 hari. Ia juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Darah yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
Masalah ovulasi
Fibroid dan polip
Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
Gangguan pendarahan
Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
Keguguran
Kehamilan ektopik
Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.