
Sulit
4 tahun
Haid tak datang selepas suntikan perancang
Assalamualaikum… Saya AMIRA umur 20tahun…saya nak tanya… Suntikan perancang sememangnya berhenti kan haid ka… Sbb sy selepas membuat suntikan perancang selepas bersalin tak datang sampai sekarang… Sekarang anak dah 1 tahun 2bulan…tapi haid saya tak datang juga… Apa itu masalah yg berbahaya… Sebab ada tanya nurse yg suntikan itu… Tp diorang cakap itu perkara biasa… Apa pendapat doctor??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami haid anda tidak datang pada waktu yang anda jangka setelah mengambil pil perancang keluarga seleps bersalin.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk makluman pihak anda juga, suntikan perancang memang menyebabkan haid lewat seperti dalam situasi anda. Suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan yang lain berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, seandainya mahu berhenti suntikan perancang, tetapi masih mahu mencegah kehamilan, terdapat beberapa pilihan perancangan keluarga lain yang tersedia seperti pil perancang dan IUD.
Persoalan anda tentang hormon anda dengan kitaran haid anda memerlukan pemeriksaan rapi dari doktor. Ujian darah dan alat sulit perlu dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh itu, terdapat beberapa punca lain untuk haid lewat walaupun anda masih belum berkahwin. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!