thieyarabiee93
5 tahun
Haid telewat 3 bulan
Dok say nak Tanya ,sya lewat haid 3 bulan ,Dan sya mersakan Ada pegerakan d bawah perut payudara sya pun skit setlah buka bra ,kdang kadang RSA mual cium bau tpi 2bulan haritu saya beli test pack tpi negetive
apakah penyebab saya bgini dok sbelum ni sya hamil anak pertma dan kdua tiada masalh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid yang lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Adenomiosis: iaitu keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Melihat kepada pelbagai penyebab haid lewat, serta lamanya anda belum mendapat haid, kami mencadangkan agar anda merujuk ke doktor agar dapat dibincangkan lanjut diagnosis manakah (dari senarai diatas) yang paling mungkin dihidapi memandangkan tes UPT adalah negatif.
Justeru, silakan rujuk doktor agar kedua keluhan anda ini dapat dievaluasi dan ditangani. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























