
Sulit
5 tahun
Haid tidak datang 4 bulan
Saya wanita berumur 24 dan kitaran haid saya tidak teratur… Sebelum ini haid saya tak datang selama 6bulan, iaitu dari bulan 5 sehingga bulan 10… Selepas itu saya bertemu dengan doc untuk mendapatkan rawatan dan doc membekalkan saya pil hormon iaitu pil perancang selama 3bulan… Tetapi saya hanya mengambilnya selama 2 bulan… Selepas mengambil pil hormon tersebut, saya datang haid 2kali sebulan, iaitu pada awal dan akhir bulan… selama 2bulan, 11 dan 12… Apabila saya berhenti mengambil pil tersebut, haid saya tak datang iaitu selama 4bulan sehingga sekarang… Apakah penyebab tertentu haid saya tidak teratur… ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.